Thursday, February 3, 2011

SEJARAH

Catatan sejarah oleh ahli-ahli sejarah adalah berbeza berdasarkan kepentingan sesebuah negara.
Ahli sejarah ini mempunyai pelbagai alasan kenapa mereka berbuat demikian.Mungkin untuk menjaga maruah negara atau menjaga sensitiviti kaum.

Demikian catatan sejarawan british mengenai perang waterloo. Perang yang diketuai oleh jeneral british Duke wellington itu katanya telah selesai sebelum datangnya jeneral jerman iaitu Blucher.

Tapi bertentangan dengan ahli sejarawan Jerman yang mendakwa tentera british dibawah pimpinan duke wellington hampir kalah. kemudiannya datanglah tentera jeneral Bluncher dengan tenteranya dan sekaligus memenangi peperangan tersebut. kemenangan itu dikatakan kemengan gabungan british-jerman.

Tuesday, February 1, 2011

Mesir

Pada tahun 1906 satu pertubuhan Jemaah Islam yang bernama Ikhwan Muslimin telah dibentuk oleh IMAM HASAN AL-BANA dan diambil alih oleh Hasan al-hudaibi setelah kematian Hasan AL-BANA dan seterusnya disambung lagi oleh Umar Al Tilmisani.

Kematian Hasan Al bana adalah disebabkan tindakan ahli ikhwan muslimin yang bertindak membunuh perdana menteri Mesir pada masa itu, Muhamad Fahmi Naqrasi.
Fahmi naqrasi diculik dan dibunuh pada Disember 1948 .Anggota Ikhwan Muslimin bertindak demikian kerana fahmi Naqrasi tidak mahu memberi bekalan senjata kepada mereka untuk membantu rakyat Islam yang ditindas di Palestin. Dalam pengkebumian Naqrasi, ada yang menjerit "kepala naqrasi perlu dibayar dengan kepala hasan al bana". Oleh itu, pada tahun berikutnya Hasan Al bana meninggal kerana ditembak oleh kerajaan Mesir.

Pada masa itu pemerintahan adalah dibawah raja Farouk yang mengambil alih takhta ayahnya FUAD 1 Dinasti Muhammad Ali Pasha. Hasan Al Hudaibi telah memeterai perjanjian dengan kolonel Galam Abdul Naser untuk menjalankan revolusinya yang dipanggil gerakan Dubbat Al Ahrar. Gerakan ini bertujuan untuk menjatuhkan Raja Farouk kerana dia selama ini hanayalah boneka kepada barat. Hasil gerakan Dubbat Al Ahrar tersebut, pemerintahan monarki mutlak pun jatuh.

Selepas itu, pemerintahan diambil alih oleh tentera yang diketuai Kolonel Galam Abdul Naser.
Galam Abdul Naser mungkir janji, pada asalnya kolonel Galam berjanji untuk menjadikan Mesir sebagai negara berlandaskan Islam tetapi beliau mungkir janji. Bagi Kolonel Galam, Mesir sesuai ditadbir secara sosialis. Bagaimanapun,kolonel Galam Abdul Naser telah menawar tiga jawatan menteri kepada anggota ikhwan muslimin. Syeikh Hassan al Hudaibi selaku pimpinan Ikhwanul Muslimin telah bersetuju dan telah menghantar 3 nama ahli ikhwan tetapi 2 daripadanya tidak dipersetujui oleh Gamal Abdul Nasir. Kekecohan telah berlaku sehinggakan maktab Irsyad bersidang dan memetuskan untuk menarik diri kerana jawatan menteri ini tidak dapat mendesak supaya Islam dilaksanakan dan juga kerana kuasa pemutus tidak berada ditangan menteri sebaliknya di tangan tentera revolusi yang dipimpin Gamal Abdul Nasir.


Selepas kejatuhan negara monarki Mesir kepada tangan tentera, Raja Farouk telah dibuang negeri dan baginda pada mulanya telah menetap di Monaco dan kemudiannya di Itali. Selepas jatuh dari kerajaan baginda melantik anaknya iaitu Raja Fuad 11 yang masih kecil sebagai raja namun hakikatnya sudah tiada raja di Mesir kerana Mesir sudah mengamalkan sistem republik. Semasa rampasan kuasa oleh Gamal Abdul Nasir,Raja Farouk telah meminta bantuan Amerika Syarikat namun tidak berjaya. Beliau telah dihantar keluar negara dengan iringan ketat tentera Mesir,oleh itu telah berakhir pemerintahan beraja Mesir dengan Presiden pertamanya ialah Muhammad Naguib. Semasa di dalam buangan baginda masih mempunyai perangai seperti dulu iaitu suka hidup bermewah dan juga suka makan sehingga berat baginda mencecah 136 kilogram. Baginda dikatakan telah mati semasa di meja makan kerana dipercayai diracun oleh pihak tertentu dan ini dikuatkan lagi dengan tidak ada bedah siasat keatasnya. Jenazahnya telah dikebumikan di Pemakaman Muhammad Ali.