Wednesday, August 31, 2011

Rasiskah kita??

Berhubung dengan rasis, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya telah banyak mendengar kes-kes yang melibatkan perkauman.Natijah daripada itu banyak demostrasi dan rusuhan berlaku dan yang paling tidak boleh dilupakan adalah peristiwa berdarah 13 mei 1969. Rakyat Malaysia banyak mempertikaikan mengenai hak mereka di bumi Melayu ini khususnya kaum bukan bumiputera yang mana mereka mengatakan berlakunya diskriminasi terhadap kaum.


Terlebih dahulu unjuran pertama saya adalah mengenai definisi Rasis itu sendiri, jika kita teliti. Rasis itu bermaksud MEMENTINGKAN HAK SESUATU KAUM SAHAJA ataupun pendek kata "menafikan hak kaum lain".


Oleh itu,jika kita merujuk kepada Rasis di Malaysia, saya kira pengertian rasis itu tiada kerana semua kaum tak kira melayu,cina,india,kadazan,bidayuh dan sebagainya mendapat hak-hak mereka seperti mana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.


Status qou menunjukkan kepada kita, terdapat banyak pertubuhan NGO yang dibentuk semata-mata untuk menuntut hak-hak mereka dijaga. Terutamanya adalah pertubuhan Hindraf dan SIQIU. Penelitian pertama adalah kita perlu melihat kepada tuntutan mereka ini, sebagai contohnya, Hindraf menuntut Perlembagaan Malaysia perkara 153 diubah kerana perkara tersebut bercanggah dengan hak-hak kaum lain di Malaysia.


Dalam kita berkata-kata mengenai perkara 153, lebih baik kita kenal dahulu apakah perkara 153 itu secara ringkas dan padat. Perlembagaan Malaysia Perkara 153 adalah merujuk kepada hak keistimewaan Bumiputera seperti Biasiswa dan keistimewaan Pendidikan(IPT), jawatan sektor awam dan lesen serta permit perniagaan. Bagi kaum bukan bumiputera, ini adalah satu ketidakadilan kerana kaum bumiputera mendapat hak yang lebih daripada mereka. contohnya,qouta untuk bumiputera dan bukan bumiputera dalam sektor awam bernisbahkan 4:1.


Jika anda fikir dan perhatikan betul-betul, pertikaian yang wujud bukanlah disebabkan oleh rasis tetapi mereka tidak berpuas hati dengan layan istimewa untuk bumiputera. inilah yang menjadi sandaran pertikaian mereka. Ini jarang sekali disedari oleh kita. Apa yang kita tahu adalah rasis,rasis dan rasis. Langsung tidak reti membezakan perkataan rasis dan keistimewaan bumiputera.


Rasis dan keistimewaan bumiputera ini ada perbezaannya, rasis bermaksud "menafikan hak kaum lain" dan hak keistimewaan bumiputera pula bermaksud "mereka(bumiputera) mendapat layanan lebih,tanpa mengambil hak kaum lain".


Sudah terang lagi bersuluh,perkataan rasis itu tidak ada sebenarnya. Sudah menjadi hak Bumiputera untuk diberikan layanan lebih kerana tanah Malaysia adalah milik mereka pada asalnya. Diatas kontrak sosial yang termeterai pada tahun 1957 kita berkongsi hidup di bumi yang sama dan dalam masa yang sama semua kaum mengiktiraf keistimewaan itu.


Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa perit dan susahnya orang terdahulu ingin mendapatkan kemerdekaan. Kita menghadapi banyak konflik samaada dengan penjajah British mahupun konflik antara kaum. Banyak ketegangan berlaku disebabkan isu perkauman. Melayu tidak boleh menerima kehadiran cina dan India sehingga Tun Onn Jaafar merajuk kerana dilemparkan dengan pelbagai tomahan apabila dia cuba membuka keahlian Umno kepada kaum lain.Rasa perpaduan pada masa itu cukup asing bagi mereka.


Pertikaian mengenai hak keistimewaan ini tidak perlu wujud sebenarnya, jika kita faham sejarah dan keperitan orang terdahulu sudah tentu kita dapat bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

KENYATAAN TUN SAMBHATAN (Presiden MIC)

Di negeri mana di dalam duni
a ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka dengan mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?"



KENYATAAN TUN TAN SIEW SIN (Presiden MCA)

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan 90% penduduk non-malay telah menjadi warganegara. Berbeza dengan sebelumnya yang mana 90% daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat tanah melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintah penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu ,MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu serta dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan sah kaum-kaum lain". "Kaum India tidak diterima di Burma dan Ceylon. Kaum China tidak diterima di Thailand,Vietnam dan Kemboja". Tun V.T Sambanthan(Presiden MIC) 1 JUN 1965.
RUJUKAN:
                                                                                                                                                                                                                          
1)TEE ABDULLAH, RIDHUAN.Nasib Melayu di Melayu BumiMelayu.Kualaumpur:YeohPrinco SDN.BHD,2010.
2)Khalid Awang's book......

Tuesday, August 30, 2011

Himpunan Tragedi Osama bin Laden

Tarikh : 2 ogos 1990
(1) Saddam hussein mengerah tentera ceroboh Kuwait.
(2 ) Arab Saudi rasa tergugat (saddam berniat hancur kerajaan yg ikut telunjuk US).
(3) Osama bin Laden tawar bantuan 1000 000 sukarelawan arab.
(4) tawaran osama ditolak.
(5 )Arab Saudi minta bantuan Amerika.
(6) Amerika bina pangkalan tentera di Arab Saudi.
Tindakan kerajaan Arab Saudi ketika itu benar-benar menyakitkan hati Osama. Mereka lebih rela menjadi sekutu dan menerima bantuan daripada kafir harbi haqiqatan(Amerika syarikat) itu daripada menerima bantuan daripada kalangan umat Islam sendiri.
Osama mula menyerang kepentingan US
Kronologi:
Tarikh: 8 november 1990
(1)Biro SIasatan Persekutuan (FBI) serbu rumah di New Jersey dan menahan El-Sayyid Nosair.
(2)FBI juga menemui bahan bukti yang menunjukkan perancangan Al-Qaeda untuk mengebom pencakar langit di New York.
Bermula pada tahun 1990,berlaku pengeboman di pusat pelancongan Mesir oleh militan Islam.
Tarikh : 26 Febuari 1993
(1)Nosair ditangkap bersama genius bom Yusof ramzie kerana mengebom world trade centre(WTC).
Tempat : Parkir WTC
Kapasiti Bom : 606kg
Method : Diangkut dalam van.
Kematian : 6 orang
Pada tahun ini juga osama membuat pengakuan yang pasukannya telah membunuh 18 orang tentera Amerika syarikat di Mogadishu, Somalia.
Tarikh: Ogos 1998




























Al-Qaeda melancarkan serangan bom keatas kedutaan Amerika syarikat di Tanzania dan Kenya. Kematian yang tercatat adalah seramai 224 orang ,kebanyakannya adalah warga Afrika.
Tahun 2000

























Al-Qaeda melancarkan lagi serangannya dan kali ini sasarannya adalah kapal U.S.S Cole di Yaman. Angka yang terkorban adalah seramai 17 orang dan kesemuannya merupakan anggota tentera Amerika.
Tarikh: 11 semptember 2001(selasa)

































Sejumlah 19 orang lelaki anggota Al-Qaeda yang juga terdiri daripada juruterbang terlatih telah merampas empat pesawat komersil.
Sebanyak dua pesawat penerbangan 175 United Airlines dan penerbangan 11 American Airlines telah digunakan untuk melanggar bangunan World Trade Centre di bandaraya New York. Pesawat tersebut telah melanggar bahagian utara dan selatan menara.
Kesannya,menara yang menjadi lambang keagongan Amerika itu akhirnya runtuh.
Kemudiannya, Pesawat ketiga, Penerbangan 77 American Airlines ke bangunan Pentagon di Airlington County,Virginia.
Manakala pesawat keempat iaitu Penerbangan 93 United Airlines telah berlaku perebutan pesawat yg dilakukan oleh penumpang dan anak kapal terhadap anggota Al-Qaeda. Disebabkan itu, pesawat hilang kawalan dan akhirnya terhempas di Shanksville,Pennsylvania dan tiada seorang pun yang terselamat.
Kesan daripada serangan yang diluar jangkaan ini, seramai 2973 orang terkorban yang mana terdiri daripada penduduk awam dan rakyat asing seramai 70 orang.

Sumber: Qaliff Iman. Osama Bin Laden.Selangor: Sylog Print Systems Sdn Bhd.2011, pp. 64-69