Tuesday, May 29, 2012

IKAN UBAT PENYAKIT

 Surah Al-Maidah ayat 96 :


 أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ ۖ وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan.

Di Malaysia, kerajaan begitu bersungguh-sungguh dalam memajukan industri perikanan. Berdasarkan maklumat yang dipetik melalui Jabatan Perikanan Malaysia,tangkapan ikan bagi tahun 2010 telah pun meningkat sebanyak 3.77% dengan jumlah 1,777,366 tan metrik ikan. Hasil keuntungan daripada tangkapan tersebut pula adalah sebanyak RM 6.579 juta. 


Alhamdulillah....kita perlu bersyukur kepada Allah .s.w.t. dengan rezeki tersebut. Namun, itu adalah perspektif dari sudut ekonomi, tapi kali ini tujuan saya menulis adalah untuk membawa anda semua ke dalam satu perspektif yang juga penting dalam kehidupan kita seharian iaitu KESIHATAN.



Kita umat manusia ini diuji dengan pelbagai jenis penyakit dan antara penyakit tersebut adalah :
1)Hypertensi
2)Sakit Jantung
3)Radang Sendi


Tiga penyakit diatas sebenarnya terbukti boleh dicegah dan diubati dengan amalan memakan minyak ikan setelah dikaji oleh pakar-pakar diseluruh dunia.


Hasil Kajian :


1)Dr.Saynor.R dan rakannya Ryan F,(The Eskimo Diet,London:1990) melakukan ujian keatas 153 penderita penyakit hiperkolesterol dalam darah. Setelah dua bulan pesakit tersebut diberikan makan minyak ikan kadar triacylglycerols bagi pesakit tersebut telah pun menurun ke tahap normal.

2)Kromhont (1985), menunjukkan bahawa kematian akibat daripada masalah pembuluh jantung adalah rendah sekali bagi mereka yang mengambil satu atau dua menu ikan untuk setiap minggu.

3)Minyak ikan mempengaruhi terhadap kerja prostaglandinat yang bertanggungjawab diatas penderitaan radang sendi keturunan. Minyak ikan juga berguna untuk menambah vitaliti penderitaan dan kemampuannya untuk bergerak (Kremer:Luacer,Vol.1).

4) Jurnal Chest(Amerika) edisi 0ktober 1992, untuk mencegah cardiac infarction, para peneliti menyarankan pemakan 20-40 gram ikan setiap hari atau menyantap menu ikan paling minima 2 kali seminggu.


Wallahualam,

Sumber :

1) Abu Maula,Abu Hana,Agus Irawan,2009.Ensiklopedia Kemukjizatan Sains dalam Al-Quran & Sunnah: Terbitan Al-Hidayah Publication,Kuala Lumpur,ms 903-909.

2)
http://www.dof.gov.my/18 
 




 

Monday, May 28, 2012

Menjawab Azan semasa baca Al-Quran

Assalamualaikum semua,

Mengikut keterangan ulama, azan mempunyai dua tujuan utama :

1)Menunjukkan sudah masuk waktu Solat Fardhu.
2)Mengajak Umat Islam supaya bersegera ke masjid untuk bersolat jemaah.

Hukum menjawab AZAN :

Hukumnya adalah Sunat Muakkad kerana dua sebab :

1)Itu adalah hak bagi setiap waktu.
2)Fardhu Kifayah bagi setiap umat Islam.

Definisi Al-Quran :

Dr. Subhi Al Salih mendefinisikan Al-Qur'an sebagai berikut :
“Kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan ditulis di mushaf serta diriwayatkan dengan mutawatir, membacanya termasuk ibadah”.

Adab mendengar orang membaca Al-Quran :

Surah al-Araf ayat 204 yang bermaksud  
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. 



Persoalan berdasarkan maklumat diatas :

Adakah kita harus berhenti membaca Al-Quran apabila azan mula dialunkan oleh muazin di masjid semata-mata untuk menjawab azan ?

Jawapannya >  

Sunat bagi seseorang individu itu berhenti secara serta-merta daripada  membaca Al-Quran  ketika azan sedang dialunkan. 

Sebabnya, untuk memberi peluang kepada orang yang membaca Al-Quran itu menjawab azan  kerana menjawab azan adalah SUNAT MUAKKAD. 

Lebih AFDAL :

Berhenti diakhir ayat dan menjawab rangkap azan yang didengarinya.



Wallahualam,

Assalamualaikum.


SUMBER :

1) FURU' AL-MASA'IL WA USUL AL-WASA'IL
Terjemahan Maulana Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani.


 2)http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/RqrMainm.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/73bb11ebbc8d52d5482566cd00323ae3?OpenDocument

Saturday, May 26, 2012

POLIGAMI

Perkataan POLIGAMI adalah berasal daripada perkataan Greek, iaitu POLUS bermakna banyak dan GOMUS ataupun GAMENCI yang bermakna perkahwinan, maka apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan secara etimologi ianya bermaksud perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa perempuan dalam waktu yang sama.


Dalam perspektif agama secara umumnya tidak kira agama Islam ,Kristian mahupun Yudaisme. Ketiga-tiga agama ini tidak pernah menghalang poligami di dalam kehidupan sesuatu masyarakat.
Sebagai buktinya  :


ISLAM
Surah AN-NISAA' ayat 4 :Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

KRISTIAN
Father Eugene Hillman dalam bukunya "Polygamy Reconsidered"
-Jesus tidak pernah menghalang poligami walaupun diamalkan oleh masyarakatnya, hanya Gereja Grece Rom melarang poligami kerana ianya bertentangan dengan budaya mereka.

YUDAISME
Satu-satunya had ke atas poligami adalah larangan mengahwini saudara isteri yang sedia ada. (Lev 18:18)
Bangsa Yahudi di Timur mengamalkan Poligami sehinggalah mereka tiba di ISRAEL dan ditegah untuk berpoligami oleh undang-undang SIVIL.







TUJUAN POLIGAMI 

1)
Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.

2)  
Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.

3)
 Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.

4)
 Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.







BATAS BERPOLIGAMI 


Islam telah membataskan perkahwinan poligami ini kepada empat orang isteri sahaja.

Dr.Wahbah Al-Zuhaily menyatakan, majoriti ulama ke-empat-empat mazhab bersetuju bahawa bilangan maksima bagi poligami adalah 4 orang isteri dari wanita merdeka.





SYARAT-SAYARAT BERPOLIGAMI 

1) Adil dengan isteri.
    Ini adalah prinsip utama dalam syarat untuk berpoligami.

Maksud KEADILAN disini mengikut takrifan yang diberikan oleh Mustafa Al-Maraghi adalah keadilan yang berada      didalam batas kemampuan manusia dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan , pakaian , tempat tinggal dan sebagainya. 

Keadilan yang diluar kemampuan manusia biasa seperti perasaan cinta dan sayang tidak menjadi syarat yang mesti dipatuhi dalam berpoligami. Hal demikian adalah berdasarkan firman Allah .s.w.t.   :

     
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang) dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 


2) Haram berpoligami kepada 2 isteri yang bersaudara.

Allah berfirman dalam Surah AN-NISAA' ayat 23 :
Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 





HIKMAH BERPOLIGAMI

Wahbah Al-Zuhayli
menyatakan besar atau kecil hikmah berpoligami adalah bergantung kepada sejauh mana berpoligami menjadi satu solusi kepada permasalahan yang berlaku samaada dari pihak Suami mahupun pihak Isteri.

1)  Populasi Lelaki&Perempuan

Di German misalnya, kesan daripada Perang Dunia Pertama telah menyebabkan nisbah populasi bagi lelaki dan perempuan adalah sebanyak 4 nisbah 1.   Perempuan(4) & Lelaki(1).

Perempuan berdemostrasi supaya dibuat undang-undang poligami. Hikmahnya, perempuan dapat kasih sayang dan lindungan suami. Terhindar daripada perbuatan hina dan matlamat komersil.

2) Isteri keuzuran dan tabiat yang berbeza. Hikamahnya, dapat menghilangkan konflik antara isteri yang berbeza tabiat dengan suami.

3)Nafsu Seks suami besar dan tidak dapt dipenuhi oleh si isteri. Hikmahnya, suami dapat melepaskan nafsu dan isteri tidak mendapat kesulita(mushaqqat).

4) AL-JURJANI melihat hikmah berpoligami dari segi aspek had maksimumnya iaitu 4 orang berdasarkan beberapa fenomena yang ada seperti :
    a) Unsur badan manusia = Air , Tanah , Api dan Udara.
    b) Jenis usaha manusia   = Kepimpinan , Berniaga , Bercucuk tanam dan Industri.
    c) Fenomena empat musim.



5)Hikmah poligami selari dengan tujuannya seperti mana yang  tercatat  dalam Surah  AN-NISAA' ayat 3
    

    a)Melindungi anak yatim dengan berkahwin dengan mereka atau berkahwin dengan ibu mereka.
       Hikmahnya, menjaga kebajikan anak yatim dan mengurangkan beban si janda.


RUJUKAN          :

1) ABU MAZAYA & ABU IZZAT ,2004. FIQH JENAYAH ISLAM, AL-HIDAYAH PUBLISHERS,Kuala Lumpur, ms 316-330.



2)JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR