Saturday, May 26, 2012

POLIGAMI

Perkataan POLIGAMI adalah berasal daripada perkataan Greek, iaitu POLUS bermakna banyak dan GOMUS ataupun GAMENCI yang bermakna perkahwinan, maka apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan secara etimologi ianya bermaksud perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa perempuan dalam waktu yang sama.


Dalam perspektif agama secara umumnya tidak kira agama Islam ,Kristian mahupun Yudaisme. Ketiga-tiga agama ini tidak pernah menghalang poligami di dalam kehidupan sesuatu masyarakat.
Sebagai buktinya  :


ISLAM
Surah AN-NISAA' ayat 4 :Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

KRISTIAN
Father Eugene Hillman dalam bukunya "Polygamy Reconsidered"
-Jesus tidak pernah menghalang poligami walaupun diamalkan oleh masyarakatnya, hanya Gereja Grece Rom melarang poligami kerana ianya bertentangan dengan budaya mereka.

YUDAISME
Satu-satunya had ke atas poligami adalah larangan mengahwini saudara isteri yang sedia ada. (Lev 18:18)
Bangsa Yahudi di Timur mengamalkan Poligami sehinggalah mereka tiba di ISRAEL dan ditegah untuk berpoligami oleh undang-undang SIVIL.







TUJUAN POLIGAMI 

1)
Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.

2)  
Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.

3)
 Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.

4)
 Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.







BATAS BERPOLIGAMI 


Islam telah membataskan perkahwinan poligami ini kepada empat orang isteri sahaja.

Dr.Wahbah Al-Zuhaily menyatakan, majoriti ulama ke-empat-empat mazhab bersetuju bahawa bilangan maksima bagi poligami adalah 4 orang isteri dari wanita merdeka.





SYARAT-SAYARAT BERPOLIGAMI 

1) Adil dengan isteri.
    Ini adalah prinsip utama dalam syarat untuk berpoligami.

Maksud KEADILAN disini mengikut takrifan yang diberikan oleh Mustafa Al-Maraghi adalah keadilan yang berada      didalam batas kemampuan manusia dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan , pakaian , tempat tinggal dan sebagainya. 

Keadilan yang diluar kemampuan manusia biasa seperti perasaan cinta dan sayang tidak menjadi syarat yang mesti dipatuhi dalam berpoligami. Hal demikian adalah berdasarkan firman Allah .s.w.t.   :

     
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang) dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 


2) Haram berpoligami kepada 2 isteri yang bersaudara.

Allah berfirman dalam Surah AN-NISAA' ayat 23 :
Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 





HIKMAH BERPOLIGAMI

Wahbah Al-Zuhayli
menyatakan besar atau kecil hikmah berpoligami adalah bergantung kepada sejauh mana berpoligami menjadi satu solusi kepada permasalahan yang berlaku samaada dari pihak Suami mahupun pihak Isteri.

1)  Populasi Lelaki&Perempuan

Di German misalnya, kesan daripada Perang Dunia Pertama telah menyebabkan nisbah populasi bagi lelaki dan perempuan adalah sebanyak 4 nisbah 1.   Perempuan(4) & Lelaki(1).

Perempuan berdemostrasi supaya dibuat undang-undang poligami. Hikmahnya, perempuan dapat kasih sayang dan lindungan suami. Terhindar daripada perbuatan hina dan matlamat komersil.

2) Isteri keuzuran dan tabiat yang berbeza. Hikamahnya, dapat menghilangkan konflik antara isteri yang berbeza tabiat dengan suami.

3)Nafsu Seks suami besar dan tidak dapt dipenuhi oleh si isteri. Hikmahnya, suami dapat melepaskan nafsu dan isteri tidak mendapat kesulita(mushaqqat).

4) AL-JURJANI melihat hikmah berpoligami dari segi aspek had maksimumnya iaitu 4 orang berdasarkan beberapa fenomena yang ada seperti :
    a) Unsur badan manusia = Air , Tanah , Api dan Udara.
    b) Jenis usaha manusia   = Kepimpinan , Berniaga , Bercucuk tanam dan Industri.
    c) Fenomena empat musim.



5)Hikmah poligami selari dengan tujuannya seperti mana yang  tercatat  dalam Surah  AN-NISAA' ayat 3
    

    a)Melindungi anak yatim dengan berkahwin dengan mereka atau berkahwin dengan ibu mereka.
       Hikmahnya, menjaga kebajikan anak yatim dan mengurangkan beban si janda.


RUJUKAN          :

1) ABU MAZAYA & ABU IZZAT ,2004. FIQH JENAYAH ISLAM, AL-HIDAYAH PUBLISHERS,Kuala Lumpur, ms 316-330.



2)JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 

No comments:

Post a Comment