Monday, May 28, 2012

Menjawab Azan semasa baca Al-Quran

Assalamualaikum semua,

Mengikut keterangan ulama, azan mempunyai dua tujuan utama :

1)Menunjukkan sudah masuk waktu Solat Fardhu.
2)Mengajak Umat Islam supaya bersegera ke masjid untuk bersolat jemaah.

Hukum menjawab AZAN :

Hukumnya adalah Sunat Muakkad kerana dua sebab :

1)Itu adalah hak bagi setiap waktu.
2)Fardhu Kifayah bagi setiap umat Islam.

Definisi Al-Quran :

Dr. Subhi Al Salih mendefinisikan Al-Qur'an sebagai berikut :
“Kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan ditulis di mushaf serta diriwayatkan dengan mutawatir, membacanya termasuk ibadah”.

Adab mendengar orang membaca Al-Quran :

Surah al-Araf ayat 204 yang bermaksud  
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. 



Persoalan berdasarkan maklumat diatas :

Adakah kita harus berhenti membaca Al-Quran apabila azan mula dialunkan oleh muazin di masjid semata-mata untuk menjawab azan ?

Jawapannya >  

Sunat bagi seseorang individu itu berhenti secara serta-merta daripada  membaca Al-Quran  ketika azan sedang dialunkan. 

Sebabnya, untuk memberi peluang kepada orang yang membaca Al-Quran itu menjawab azan  kerana menjawab azan adalah SUNAT MUAKKAD. 

Lebih AFDAL :

Berhenti diakhir ayat dan menjawab rangkap azan yang didengarinya.



Wallahualam,

Assalamualaikum.


SUMBER :

1) FURU' AL-MASA'IL WA USUL AL-WASA'IL
Terjemahan Maulana Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani.


 2)http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/RqrMainm.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/73bb11ebbc8d52d5482566cd00323ae3?OpenDocument

No comments:

Post a Comment