Friday, July 6, 2012

Syaitan ada di Bulan Ramadan



kita umat Islam segolongannya pasti pernah membaca satu hadis daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan Sabda Rasulallah s.a.w. yang bermaksud ,apabila datangnya bulan Ramadan  dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu(diikat) syaitan-syaitan.(Bukhari dan Muslim)             

Berdasarkan petikan hadis diatas, saya yakin dan percaya umat Islam secara asasnya akan memahami hadis tersebut dengan mengatakan bahawa “ Syaitan, jin dan hantu tiada pada bulan Ramadan”.  
Namun begitu, ada beberapa kes yang telah berlaku sebagai contohnya perempuan yang terkena sampuk ataupun rasukan  oleh jin di sekolah pada bulan Ramadan. Kes seperti  ini telah menimbulkan kekeliruan dalam umat Islam nusantara khususnya mengenai benar atau tidak syaitan itu dibelenggu dan tiada sewaktu bulan Ramadan.

Oleh itu, beberapa penjelasan perlu diberikan kepada umat Islam supaya mereka tidak meragui hadis-hadis yang dinukilkan berdasarkan Sabda Rasullah .s.a.w. itu.
Perkataan penting dalam hadis diatas adalah “dibelenggu syaitan-syaitan”. Sebenarnya perkataan ini mempunyai beberapa tafsiran  oleh para ulama.

TAFSIRAN ULAMA :
1)      Ibn Khuzaimah mengatakan bahawa syaitan yang dibelenggu disini bermaksud sebahagian sahaja syaitan kerana nama syayatin itu meliputi sebahagian sahaja.
2)      Ibn Hajar Ibn Al-Asqalani  , syaitan yang dibelenggu adalah bermaksud syaitan yang mencuri pendengaran dilangit semasa diturunkan Al-Quran. Kemungkinan syaitan itu hanya dibelenggu pada waktu malam sahaja. Kemungkinan juga ia  bermaksud bahawa syaitan pada masa itu tidak bersunguh-sungguh dalam menggoda manusia kerana manusia pada masa itu sibuk berpuasa dengan mengawal nafsu syahwat.
3)      Ibn Abdul Baar , mengatakan bahawa perkataan “syaitan yang dibelenggu” itu adalah majaaz ataupun “kiasan”. Maksud sebenarnya adalah Allah .s.w.t. menjaga  kebanyakan umat Islam daripada syaitan daripada terjebak dalam kemungkaran.

Rujukan :
1)Kitab Mughnial-Muhtaj,Syeikh al-Syarbini
2)Kitab Fiqh al-Islami waadillatu, Dr. Zuhaili
3)Fatawa DarulIfta al-Misriyyah
4)Web al-shabakah Islamiyyah.