Sunday, November 6, 2011

NEGARA ISLAM


Berhubung polemik politik dalam negara kita iaitu Malaysia, isu negara Islam ataupun Daulah-Islamiyyah sering menjadi isu hangat apabila barisan pembangkang begitu lantang menyuarakannya.


Apabila bercakap mengenai pembentukan sebuah negara Islam, kita sepatutnya sebagai umat Islam perlu dahulu mengetahui apakah ciri-ciri negara Islam. Kalau kita ini begitu perihatin dan ikhlas soal hal ehwal Daulah -Islamiah kita sepatutnya perlu tahu apakah yang menjadikan sebuah negara itu digelar sebagai negara Islam. Bukan main semborono sahaja mengeluarkan kata-kata.

Pertamanya, mengenai istilah Negara Islam"al-Dawlah Islamiyyah" atau al-Hukumah al-Islamiyyah" ianya adalah perkataan yang tidak wujud didalam Al-Quran. Istilah negara Islam yang sebenarnya merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, "Caliphate and the Great Immate".

Berkenaan tafsiran Negara Islam pula, ada golongan ulama yang memberi definisi mengenainya. sebagai contohnya, Mawdudi telah mentakrifkannya sebagai sebuah negara yang meletakkan kuasa mutlaknya kepada Allah s.w.t bagi mencorak sistem pentadbiran.
Manakala Ayatullah Khomeini pula mendefinisikannya sebagai sebuah negara yang berpelembagaan, sesiapa yang terlibat dalam pengurusannya terikat dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Al-Quran.


Merujuk kepada negara Malaysia, negara kita mempunyai rakyat pelbagai kaum yang terdiri daripada Melayu,Cina,India dan etnik Sabah dan Sarawak. Dalam pemerintahan Malaysia, Perdana menteri kita adalah seorang yang beragama Islam, sistem perundangan Islam iaitu Mahkamah Syariah ada dilaksanakan, segala keputusan kerajaan dilakukan didalam Parlimen(syura), semua rakyat mempunyai hak dan kebebasan masing-masing(hak beragama) dan mereka juga mempunyai persamaan tanggungjawab terhadap negara ini.

Apabila kita melihat status qou negara Malaysia dari segi Pentadbiran politik , perundangan dan Sosialnya maka boleh la kita katakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan hujah dibawah :

1)Abu Hanifah mengatakan, bahawa negara Islam adalah sebuah negara yang melaksanakan hukum Islam, pemerintahnya adalah Islam dan rakyat juga Islam walaupun ada kaum zimmi.


2)Abu Yusof Muhammad dan fuqaha' yang lainya berpendapat negara Islam adalah negara yang melaksanakan hukum Islam. Ini bererti negara yang tidak melaksanakannya adalah bukan negara Islam.

Kesimpulannya, telah pun saya tunjukkan kepada anda semua bahawa keadaan negara Malaysia sekarang dalam aspek pengamalan politik dan sosialnya tidak pernah menafikan bahawa Malaysia juga adalah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh orang Islam dan mengamalkan perundangan Mahkamah Syariah .


PRINSIP NEGARA ISLAM
1)Syura
2)Keadilan
3)Kebebasan
4)Persamaan

Sekian, terima kasih boh

RUJUKAN:

FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA(2011).SELANGOR : ZAFAR SDN.BHD.

No comments:

Post a Comment