Wednesday, August 31, 2011

Rasiskah kita??

Berhubung dengan rasis, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya telah banyak mendengar kes-kes yang melibatkan perkauman.Natijah daripada itu banyak demostrasi dan rusuhan berlaku dan yang paling tidak boleh dilupakan adalah peristiwa berdarah 13 mei 1969. Rakyat Malaysia banyak mempertikaikan mengenai hak mereka di bumi Melayu ini khususnya kaum bukan bumiputera yang mana mereka mengatakan berlakunya diskriminasi terhadap kaum.


Terlebih dahulu unjuran pertama saya adalah mengenai definisi Rasis itu sendiri, jika kita teliti. Rasis itu bermaksud MEMENTINGKAN HAK SESUATU KAUM SAHAJA ataupun pendek kata "menafikan hak kaum lain".


Oleh itu,jika kita merujuk kepada Rasis di Malaysia, saya kira pengertian rasis itu tiada kerana semua kaum tak kira melayu,cina,india,kadazan,bidayuh dan sebagainya mendapat hak-hak mereka seperti mana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.


Status qou menunjukkan kepada kita, terdapat banyak pertubuhan NGO yang dibentuk semata-mata untuk menuntut hak-hak mereka dijaga. Terutamanya adalah pertubuhan Hindraf dan SIQIU. Penelitian pertama adalah kita perlu melihat kepada tuntutan mereka ini, sebagai contohnya, Hindraf menuntut Perlembagaan Malaysia perkara 153 diubah kerana perkara tersebut bercanggah dengan hak-hak kaum lain di Malaysia.


Dalam kita berkata-kata mengenai perkara 153, lebih baik kita kenal dahulu apakah perkara 153 itu secara ringkas dan padat. Perlembagaan Malaysia Perkara 153 adalah merujuk kepada hak keistimewaan Bumiputera seperti Biasiswa dan keistimewaan Pendidikan(IPT), jawatan sektor awam dan lesen serta permit perniagaan. Bagi kaum bukan bumiputera, ini adalah satu ketidakadilan kerana kaum bumiputera mendapat hak yang lebih daripada mereka. contohnya,qouta untuk bumiputera dan bukan bumiputera dalam sektor awam bernisbahkan 4:1.


Jika anda fikir dan perhatikan betul-betul, pertikaian yang wujud bukanlah disebabkan oleh rasis tetapi mereka tidak berpuas hati dengan layan istimewa untuk bumiputera. inilah yang menjadi sandaran pertikaian mereka. Ini jarang sekali disedari oleh kita. Apa yang kita tahu adalah rasis,rasis dan rasis. Langsung tidak reti membezakan perkataan rasis dan keistimewaan bumiputera.


Rasis dan keistimewaan bumiputera ini ada perbezaannya, rasis bermaksud "menafikan hak kaum lain" dan hak keistimewaan bumiputera pula bermaksud "mereka(bumiputera) mendapat layanan lebih,tanpa mengambil hak kaum lain".


Sudah terang lagi bersuluh,perkataan rasis itu tidak ada sebenarnya. Sudah menjadi hak Bumiputera untuk diberikan layanan lebih kerana tanah Malaysia adalah milik mereka pada asalnya. Diatas kontrak sosial yang termeterai pada tahun 1957 kita berkongsi hidup di bumi yang sama dan dalam masa yang sama semua kaum mengiktiraf keistimewaan itu.


Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa perit dan susahnya orang terdahulu ingin mendapatkan kemerdekaan. Kita menghadapi banyak konflik samaada dengan penjajah British mahupun konflik antara kaum. Banyak ketegangan berlaku disebabkan isu perkauman. Melayu tidak boleh menerima kehadiran cina dan India sehingga Tun Onn Jaafar merajuk kerana dilemparkan dengan pelbagai tomahan apabila dia cuba membuka keahlian Umno kepada kaum lain.Rasa perpaduan pada masa itu cukup asing bagi mereka.


Pertikaian mengenai hak keistimewaan ini tidak perlu wujud sebenarnya, jika kita faham sejarah dan keperitan orang terdahulu sudah tentu kita dapat bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

KENYATAAN TUN SAMBHATAN (Presiden MIC)

Di negeri mana di dalam duni
a ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka dengan mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?"



KENYATAAN TUN TAN SIEW SIN (Presiden MCA)

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan 90% penduduk non-malay telah menjadi warganegara. Berbeza dengan sebelumnya yang mana 90% daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat tanah melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintah penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu ,MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu serta dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan sah kaum-kaum lain". "Kaum India tidak diterima di Burma dan Ceylon. Kaum China tidak diterima di Thailand,Vietnam dan Kemboja". Tun V.T Sambanthan(Presiden MIC) 1 JUN 1965.
RUJUKAN:
                                                                                                                                                                                                                          
1)TEE ABDULLAH, RIDHUAN.Nasib Melayu di Melayu BumiMelayu.Kualaumpur:YeohPrinco SDN.BHD,2010.
2)Khalid Awang's book......

2 comments: