Friday, July 6, 2012

Syaitan ada di Bulan Ramadan



kita umat Islam segolongannya pasti pernah membaca satu hadis daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan Sabda Rasulallah s.a.w. yang bermaksud ,apabila datangnya bulan Ramadan  dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu(diikat) syaitan-syaitan.(Bukhari dan Muslim)             

Berdasarkan petikan hadis diatas, saya yakin dan percaya umat Islam secara asasnya akan memahami hadis tersebut dengan mengatakan bahawa “ Syaitan, jin dan hantu tiada pada bulan Ramadan”.  
Namun begitu, ada beberapa kes yang telah berlaku sebagai contohnya perempuan yang terkena sampuk ataupun rasukan  oleh jin di sekolah pada bulan Ramadan. Kes seperti  ini telah menimbulkan kekeliruan dalam umat Islam nusantara khususnya mengenai benar atau tidak syaitan itu dibelenggu dan tiada sewaktu bulan Ramadan.

Oleh itu, beberapa penjelasan perlu diberikan kepada umat Islam supaya mereka tidak meragui hadis-hadis yang dinukilkan berdasarkan Sabda Rasullah .s.a.w. itu.
Perkataan penting dalam hadis diatas adalah “dibelenggu syaitan-syaitan”. Sebenarnya perkataan ini mempunyai beberapa tafsiran  oleh para ulama.

TAFSIRAN ULAMA :
1)      Ibn Khuzaimah mengatakan bahawa syaitan yang dibelenggu disini bermaksud sebahagian sahaja syaitan kerana nama syayatin itu meliputi sebahagian sahaja.
2)      Ibn Hajar Ibn Al-Asqalani  , syaitan yang dibelenggu adalah bermaksud syaitan yang mencuri pendengaran dilangit semasa diturunkan Al-Quran. Kemungkinan syaitan itu hanya dibelenggu pada waktu malam sahaja. Kemungkinan juga ia  bermaksud bahawa syaitan pada masa itu tidak bersunguh-sungguh dalam menggoda manusia kerana manusia pada masa itu sibuk berpuasa dengan mengawal nafsu syahwat.
3)      Ibn Abdul Baar , mengatakan bahawa perkataan “syaitan yang dibelenggu” itu adalah majaaz ataupun “kiasan”. Maksud sebenarnya adalah Allah .s.w.t. menjaga  kebanyakan umat Islam daripada syaitan daripada terjebak dalam kemungkaran.

Rujukan :
1)Kitab Mughnial-Muhtaj,Syeikh al-Syarbini
2)Kitab Fiqh al-Islami waadillatu, Dr. Zuhaili
3)Fatawa DarulIfta al-Misriyyah
4)Web al-shabakah Islamiyyah.

Tuesday, May 29, 2012

IKAN UBAT PENYAKIT

 Surah Al-Maidah ayat 96 :


 أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ ۖ وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan.

Di Malaysia, kerajaan begitu bersungguh-sungguh dalam memajukan industri perikanan. Berdasarkan maklumat yang dipetik melalui Jabatan Perikanan Malaysia,tangkapan ikan bagi tahun 2010 telah pun meningkat sebanyak 3.77% dengan jumlah 1,777,366 tan metrik ikan. Hasil keuntungan daripada tangkapan tersebut pula adalah sebanyak RM 6.579 juta. 


Alhamdulillah....kita perlu bersyukur kepada Allah .s.w.t. dengan rezeki tersebut. Namun, itu adalah perspektif dari sudut ekonomi, tapi kali ini tujuan saya menulis adalah untuk membawa anda semua ke dalam satu perspektif yang juga penting dalam kehidupan kita seharian iaitu KESIHATAN.



Kita umat manusia ini diuji dengan pelbagai jenis penyakit dan antara penyakit tersebut adalah :
1)Hypertensi
2)Sakit Jantung
3)Radang Sendi


Tiga penyakit diatas sebenarnya terbukti boleh dicegah dan diubati dengan amalan memakan minyak ikan setelah dikaji oleh pakar-pakar diseluruh dunia.


Hasil Kajian :


1)Dr.Saynor.R dan rakannya Ryan F,(The Eskimo Diet,London:1990) melakukan ujian keatas 153 penderita penyakit hiperkolesterol dalam darah. Setelah dua bulan pesakit tersebut diberikan makan minyak ikan kadar triacylglycerols bagi pesakit tersebut telah pun menurun ke tahap normal.

2)Kromhont (1985), menunjukkan bahawa kematian akibat daripada masalah pembuluh jantung adalah rendah sekali bagi mereka yang mengambil satu atau dua menu ikan untuk setiap minggu.

3)Minyak ikan mempengaruhi terhadap kerja prostaglandinat yang bertanggungjawab diatas penderitaan radang sendi keturunan. Minyak ikan juga berguna untuk menambah vitaliti penderitaan dan kemampuannya untuk bergerak (Kremer:Luacer,Vol.1).

4) Jurnal Chest(Amerika) edisi 0ktober 1992, untuk mencegah cardiac infarction, para peneliti menyarankan pemakan 20-40 gram ikan setiap hari atau menyantap menu ikan paling minima 2 kali seminggu.


Wallahualam,

Sumber :

1) Abu Maula,Abu Hana,Agus Irawan,2009.Ensiklopedia Kemukjizatan Sains dalam Al-Quran & Sunnah: Terbitan Al-Hidayah Publication,Kuala Lumpur,ms 903-909.

2)
http://www.dof.gov.my/18 
 




 

Monday, May 28, 2012

Menjawab Azan semasa baca Al-Quran

Assalamualaikum semua,

Mengikut keterangan ulama, azan mempunyai dua tujuan utama :

1)Menunjukkan sudah masuk waktu Solat Fardhu.
2)Mengajak Umat Islam supaya bersegera ke masjid untuk bersolat jemaah.

Hukum menjawab AZAN :

Hukumnya adalah Sunat Muakkad kerana dua sebab :

1)Itu adalah hak bagi setiap waktu.
2)Fardhu Kifayah bagi setiap umat Islam.

Definisi Al-Quran :

Dr. Subhi Al Salih mendefinisikan Al-Qur'an sebagai berikut :
“Kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan ditulis di mushaf serta diriwayatkan dengan mutawatir, membacanya termasuk ibadah”.

Adab mendengar orang membaca Al-Quran :

Surah al-Araf ayat 204 yang bermaksud  
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. 



Persoalan berdasarkan maklumat diatas :

Adakah kita harus berhenti membaca Al-Quran apabila azan mula dialunkan oleh muazin di masjid semata-mata untuk menjawab azan ?

Jawapannya >  

Sunat bagi seseorang individu itu berhenti secara serta-merta daripada  membaca Al-Quran  ketika azan sedang dialunkan. 

Sebabnya, untuk memberi peluang kepada orang yang membaca Al-Quran itu menjawab azan  kerana menjawab azan adalah SUNAT MUAKKAD. 

Lebih AFDAL :

Berhenti diakhir ayat dan menjawab rangkap azan yang didengarinya.



Wallahualam,

Assalamualaikum.


SUMBER :

1) FURU' AL-MASA'IL WA USUL AL-WASA'IL
Terjemahan Maulana Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani.


 2)http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/RqrMainm.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/73bb11ebbc8d52d5482566cd00323ae3?OpenDocument

Saturday, May 26, 2012

POLIGAMI

Perkataan POLIGAMI adalah berasal daripada perkataan Greek, iaitu POLUS bermakna banyak dan GOMUS ataupun GAMENCI yang bermakna perkahwinan, maka apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan secara etimologi ianya bermaksud perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa perempuan dalam waktu yang sama.


Dalam perspektif agama secara umumnya tidak kira agama Islam ,Kristian mahupun Yudaisme. Ketiga-tiga agama ini tidak pernah menghalang poligami di dalam kehidupan sesuatu masyarakat.
Sebagai buktinya  :


ISLAM
Surah AN-NISAA' ayat 4 :Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

KRISTIAN
Father Eugene Hillman dalam bukunya "Polygamy Reconsidered"
-Jesus tidak pernah menghalang poligami walaupun diamalkan oleh masyarakatnya, hanya Gereja Grece Rom melarang poligami kerana ianya bertentangan dengan budaya mereka.

YUDAISME
Satu-satunya had ke atas poligami adalah larangan mengahwini saudara isteri yang sedia ada. (Lev 18:18)
Bangsa Yahudi di Timur mengamalkan Poligami sehinggalah mereka tiba di ISRAEL dan ditegah untuk berpoligami oleh undang-undang SIVIL.







TUJUAN POLIGAMI 

1)
Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.

2)  
Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.

3)
 Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.

4)
 Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.







BATAS BERPOLIGAMI 


Islam telah membataskan perkahwinan poligami ini kepada empat orang isteri sahaja.

Dr.Wahbah Al-Zuhaily menyatakan, majoriti ulama ke-empat-empat mazhab bersetuju bahawa bilangan maksima bagi poligami adalah 4 orang isteri dari wanita merdeka.





SYARAT-SAYARAT BERPOLIGAMI 

1) Adil dengan isteri.
    Ini adalah prinsip utama dalam syarat untuk berpoligami.

Maksud KEADILAN disini mengikut takrifan yang diberikan oleh Mustafa Al-Maraghi adalah keadilan yang berada      didalam batas kemampuan manusia dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan , pakaian , tempat tinggal dan sebagainya. 

Keadilan yang diluar kemampuan manusia biasa seperti perasaan cinta dan sayang tidak menjadi syarat yang mesti dipatuhi dalam berpoligami. Hal demikian adalah berdasarkan firman Allah .s.w.t.   :

     
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang) dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 


2) Haram berpoligami kepada 2 isteri yang bersaudara.

Allah berfirman dalam Surah AN-NISAA' ayat 23 :
Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 





HIKMAH BERPOLIGAMI

Wahbah Al-Zuhayli
menyatakan besar atau kecil hikmah berpoligami adalah bergantung kepada sejauh mana berpoligami menjadi satu solusi kepada permasalahan yang berlaku samaada dari pihak Suami mahupun pihak Isteri.

1)  Populasi Lelaki&Perempuan

Di German misalnya, kesan daripada Perang Dunia Pertama telah menyebabkan nisbah populasi bagi lelaki dan perempuan adalah sebanyak 4 nisbah 1.   Perempuan(4) & Lelaki(1).

Perempuan berdemostrasi supaya dibuat undang-undang poligami. Hikmahnya, perempuan dapat kasih sayang dan lindungan suami. Terhindar daripada perbuatan hina dan matlamat komersil.

2) Isteri keuzuran dan tabiat yang berbeza. Hikamahnya, dapat menghilangkan konflik antara isteri yang berbeza tabiat dengan suami.

3)Nafsu Seks suami besar dan tidak dapt dipenuhi oleh si isteri. Hikmahnya, suami dapat melepaskan nafsu dan isteri tidak mendapat kesulita(mushaqqat).

4) AL-JURJANI melihat hikmah berpoligami dari segi aspek had maksimumnya iaitu 4 orang berdasarkan beberapa fenomena yang ada seperti :
    a) Unsur badan manusia = Air , Tanah , Api dan Udara.
    b) Jenis usaha manusia   = Kepimpinan , Berniaga , Bercucuk tanam dan Industri.
    c) Fenomena empat musim.



5)Hikmah poligami selari dengan tujuannya seperti mana yang  tercatat  dalam Surah  AN-NISAA' ayat 3
    

    a)Melindungi anak yatim dengan berkahwin dengan mereka atau berkahwin dengan ibu mereka.
       Hikmahnya, menjaga kebajikan anak yatim dan mengurangkan beban si janda.


RUJUKAN          :

1) ABU MAZAYA & ABU IZZAT ,2004. FIQH JENAYAH ISLAM, AL-HIDAYAH PUBLISHERS,Kuala Lumpur, ms 316-330.



2)JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 

Sunday, November 6, 2011

NEGARA ISLAM


Berhubung polemik politik dalam negara kita iaitu Malaysia, isu negara Islam ataupun Daulah-Islamiyyah sering menjadi isu hangat apabila barisan pembangkang begitu lantang menyuarakannya.


Apabila bercakap mengenai pembentukan sebuah negara Islam, kita sepatutnya sebagai umat Islam perlu dahulu mengetahui apakah ciri-ciri negara Islam. Kalau kita ini begitu perihatin dan ikhlas soal hal ehwal Daulah -Islamiah kita sepatutnya perlu tahu apakah yang menjadikan sebuah negara itu digelar sebagai negara Islam. Bukan main semborono sahaja mengeluarkan kata-kata.

Pertamanya, mengenai istilah Negara Islam"al-Dawlah Islamiyyah" atau al-Hukumah al-Islamiyyah" ianya adalah perkataan yang tidak wujud didalam Al-Quran. Istilah negara Islam yang sebenarnya merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, "Caliphate and the Great Immate".

Berkenaan tafsiran Negara Islam pula, ada golongan ulama yang memberi definisi mengenainya. sebagai contohnya, Mawdudi telah mentakrifkannya sebagai sebuah negara yang meletakkan kuasa mutlaknya kepada Allah s.w.t bagi mencorak sistem pentadbiran.
Manakala Ayatullah Khomeini pula mendefinisikannya sebagai sebuah negara yang berpelembagaan, sesiapa yang terlibat dalam pengurusannya terikat dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Al-Quran.


Merujuk kepada negara Malaysia, negara kita mempunyai rakyat pelbagai kaum yang terdiri daripada Melayu,Cina,India dan etnik Sabah dan Sarawak. Dalam pemerintahan Malaysia, Perdana menteri kita adalah seorang yang beragama Islam, sistem perundangan Islam iaitu Mahkamah Syariah ada dilaksanakan, segala keputusan kerajaan dilakukan didalam Parlimen(syura), semua rakyat mempunyai hak dan kebebasan masing-masing(hak beragama) dan mereka juga mempunyai persamaan tanggungjawab terhadap negara ini.

Apabila kita melihat status qou negara Malaysia dari segi Pentadbiran politik , perundangan dan Sosialnya maka boleh la kita katakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan hujah dibawah :

1)Abu Hanifah mengatakan, bahawa negara Islam adalah sebuah negara yang melaksanakan hukum Islam, pemerintahnya adalah Islam dan rakyat juga Islam walaupun ada kaum zimmi.


2)Abu Yusof Muhammad dan fuqaha' yang lainya berpendapat negara Islam adalah negara yang melaksanakan hukum Islam. Ini bererti negara yang tidak melaksanakannya adalah bukan negara Islam.

Kesimpulannya, telah pun saya tunjukkan kepada anda semua bahawa keadaan negara Malaysia sekarang dalam aspek pengamalan politik dan sosialnya tidak pernah menafikan bahawa Malaysia juga adalah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh orang Islam dan mengamalkan perundangan Mahkamah Syariah .


PRINSIP NEGARA ISLAM
1)Syura
2)Keadilan
3)Kebebasan
4)Persamaan

Sekian, terima kasih boh

RUJUKAN:

FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA(2011).SELANGOR : ZAFAR SDN.BHD.

Saturday, September 17, 2011

Kesan Negatif Pornografi Terhadap Otak Kita

Salam SEMUA,

Di era kecanggihan media yang cukup hebat dan semakin hebat sekarang ni bermacam-macam boleh kita peroleh melaluinya. Namun, adakah semuannya bermanfaat? itulah persoalannya. Kalau dibuat pemerhatian dan kajian ,budak-budak kita sekarang gemar kepada pornografi yang memaparkan ekspresi yang tak senonoh.

Sabda Rasulullah SAW:
“Janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain.”
Dari sisi agama, sah-sahlah haram. *budak kecik pun tau doe~. Tapi kenapa? Dalam Islam, semua tegahanNya pasti ada jawapan yang super berasas. (Hari ni aku main super super je.. ngeh )
Menurut Donald L. Hilton Jr MD, seorang ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, ketagihan mengakibatkan otak di bahagian tengah (depan) yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) mengecil secara fizikalnya.
“Pornografi menimbulkan perubahan kekal pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah ketagih tidak dapat lagi mengawal tingkah lakunya. Ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu tidak terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap iaitu ketagihan yang dikesan melalui tindakan impulsif, respon ketagihan, ‘desensitization’ dan akhirnya masalah (penurunan) tingkah laku. Kerosakan otak akibat ketagihan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari ketagihan kokain (dadah).” – Hilton

12 Khayalan bahan pornografi yang dicipta oleh otak kita secara tak sengaja (tanpa kita sedari) adalah:
  1. Pornografi memenuhi keinginan mata dan keinginan tubuh badan yang takkan pernah puas.
  2. Pornografi membuat cara berfikir kita penuh dengan seks semata; selama-lamanya.
  3. Pornografi mengajar kita untuk mempraktikkan teknik seks yang menyimpang. (homoseks, kanak-kanak, bestiality/zoophilia (seks dengan haiwan), rogol, dan macam-macam genre lagi.)
  4. Pornografi juga membuat kita lebih suka melayan diri diorang sendiri berbanding orang lain (masturbation is one of the ways).
  5. Pornografi turut menjadikan kita seorang yang suka membazir duit untuk benda yang sia-sia. Ada duit lebih sikit, gi langgan pelacur. Dapat gaji, gi beli DVD untuk personal collection. Adeh~ T_____T
  6. Secara tak langsung, penonton-penonton tegar bahan-bahan pornografi ni menjadi penyokong kuat industri pornografi antarabangsa yang jelas-jelas gelap mata; mahu carik untung besar je.
  7. Merosakkan hubungan sesama manusia (keluarga, suami isteri dan kawan-kawan).
  8. Pornografi jugak buat kita tak produktif dalam kerjaya. Kita akan cepat lari fokus dan tak dapat nak seaktif dan sekreatif sebelumnya. (dah kepala otak sarat dengan gambar aneh-aneh, memanglah~~)
  9. Hubungan suami isteri pun boleh rosak bila diorang dah terbiasa bayangkan orang lain waktu bersama.
  10. Ia jugak menjadikan kita seorang yang pembohong! Nak kalis itu ini, rahsia la kononnya kan…
  11. Kesannya hebat terhadap spiritual/rohani kita. Kerap tertekan, hidup tak pernah aman. Ni la padah hidup bergelumang dengan dosa 24 jam.
  12. Pornografi membuatkan kita percaya dengan pembohongan yang diorang tawarkan. Kita didedahkan dengan kebahagiaan hidup daripada kebebasan seksual, kita disuap dengan seks songsang yang ditakrifkan sebagai sesuatu yang normal. Pendek kata, all iz well~
Fakta menarik tentang pornografi:
  1. Pengunjung laman pornografi pada setiap saat 28,258 orang.
  2. Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
  3. Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.
  4. Cina menghasilkan keuntungan sebanyak AS$27.40 bilion setiap tahun.
  5. Korea Selatan menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 25.73 juta setiap tahun.
  6. Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800 dengan keuntungan sebanyak AS$19.98 juta setiap tahun.
  7. Amerika Syarikat menghasilkan menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900 dan mendapat keuntungan sebanyak AS$ 13.33 juta setiap tahun.
  8. Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800 dan menerima keuntungan sebanyak AS$ 2.00 juta setiap tahun.
  9. Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800 dan mengaut keuntungan sebanyak AS$ 1.97 juta setiap tahun.
  10. Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
Bolehkah suami dan isteri layan porno sama-sama?
answer: salurkanlah nafsu di saluran yang betul dan binalah kebahagiaan hidup yang berlandaskan ajaran Islam yang sejati. wlEmoticon smile1 Kesan Negatif Pornografi Terhadap Otak Kita
Sumber:PizzaKeju – Kesan Pornografi Terhadap Otak
Ustaz Nor Amin – Kesan Buruk Menonton Filem Lucah

Wednesday, August 31, 2011

Rasiskah kita??

Berhubung dengan rasis, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya telah banyak mendengar kes-kes yang melibatkan perkauman.Natijah daripada itu banyak demostrasi dan rusuhan berlaku dan yang paling tidak boleh dilupakan adalah peristiwa berdarah 13 mei 1969. Rakyat Malaysia banyak mempertikaikan mengenai hak mereka di bumi Melayu ini khususnya kaum bukan bumiputera yang mana mereka mengatakan berlakunya diskriminasi terhadap kaum.


Terlebih dahulu unjuran pertama saya adalah mengenai definisi Rasis itu sendiri, jika kita teliti. Rasis itu bermaksud MEMENTINGKAN HAK SESUATU KAUM SAHAJA ataupun pendek kata "menafikan hak kaum lain".


Oleh itu,jika kita merujuk kepada Rasis di Malaysia, saya kira pengertian rasis itu tiada kerana semua kaum tak kira melayu,cina,india,kadazan,bidayuh dan sebagainya mendapat hak-hak mereka seperti mana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.


Status qou menunjukkan kepada kita, terdapat banyak pertubuhan NGO yang dibentuk semata-mata untuk menuntut hak-hak mereka dijaga. Terutamanya adalah pertubuhan Hindraf dan SIQIU. Penelitian pertama adalah kita perlu melihat kepada tuntutan mereka ini, sebagai contohnya, Hindraf menuntut Perlembagaan Malaysia perkara 153 diubah kerana perkara tersebut bercanggah dengan hak-hak kaum lain di Malaysia.


Dalam kita berkata-kata mengenai perkara 153, lebih baik kita kenal dahulu apakah perkara 153 itu secara ringkas dan padat. Perlembagaan Malaysia Perkara 153 adalah merujuk kepada hak keistimewaan Bumiputera seperti Biasiswa dan keistimewaan Pendidikan(IPT), jawatan sektor awam dan lesen serta permit perniagaan. Bagi kaum bukan bumiputera, ini adalah satu ketidakadilan kerana kaum bumiputera mendapat hak yang lebih daripada mereka. contohnya,qouta untuk bumiputera dan bukan bumiputera dalam sektor awam bernisbahkan 4:1.


Jika anda fikir dan perhatikan betul-betul, pertikaian yang wujud bukanlah disebabkan oleh rasis tetapi mereka tidak berpuas hati dengan layan istimewa untuk bumiputera. inilah yang menjadi sandaran pertikaian mereka. Ini jarang sekali disedari oleh kita. Apa yang kita tahu adalah rasis,rasis dan rasis. Langsung tidak reti membezakan perkataan rasis dan keistimewaan bumiputera.


Rasis dan keistimewaan bumiputera ini ada perbezaannya, rasis bermaksud "menafikan hak kaum lain" dan hak keistimewaan bumiputera pula bermaksud "mereka(bumiputera) mendapat layanan lebih,tanpa mengambil hak kaum lain".


Sudah terang lagi bersuluh,perkataan rasis itu tidak ada sebenarnya. Sudah menjadi hak Bumiputera untuk diberikan layanan lebih kerana tanah Malaysia adalah milik mereka pada asalnya. Diatas kontrak sosial yang termeterai pada tahun 1957 kita berkongsi hidup di bumi yang sama dan dalam masa yang sama semua kaum mengiktiraf keistimewaan itu.


Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa perit dan susahnya orang terdahulu ingin mendapatkan kemerdekaan. Kita menghadapi banyak konflik samaada dengan penjajah British mahupun konflik antara kaum. Banyak ketegangan berlaku disebabkan isu perkauman. Melayu tidak boleh menerima kehadiran cina dan India sehingga Tun Onn Jaafar merajuk kerana dilemparkan dengan pelbagai tomahan apabila dia cuba membuka keahlian Umno kepada kaum lain.Rasa perpaduan pada masa itu cukup asing bagi mereka.


Pertikaian mengenai hak keistimewaan ini tidak perlu wujud sebenarnya, jika kita faham sejarah dan keperitan orang terdahulu sudah tentu kita dapat bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

KENYATAAN TUN SAMBHATAN (Presiden MIC)

Di negeri mana di dalam duni
a ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.

Pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka dengan mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.

Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya: “Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?"



KENYATAAN TUN TAN SIEW SIN (Presiden MCA)

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan 90% penduduk non-malay telah menjadi warganegara. Berbeza dengan sebelumnya yang mana 90% daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat tanah melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintah penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu ,MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu serta dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan sah kaum-kaum lain". "Kaum India tidak diterima di Burma dan Ceylon. Kaum China tidak diterima di Thailand,Vietnam dan Kemboja". Tun V.T Sambanthan(Presiden MIC) 1 JUN 1965.
RUJUKAN:
                                                                                                                                                                                                                          
1)TEE ABDULLAH, RIDHUAN.Nasib Melayu di Melayu BumiMelayu.Kualaumpur:YeohPrinco SDN.BHD,2010.
2)Khalid Awang's book......